Tinjauan Diskriminasi Dalam Pendidikan

Walaupun banyak cerita pengalaman diskriminasi tersebar luas dalam wacana umum, data untuk memperkirakan seluas mana diskriminasi berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia tidak dikumpulkan secara sistematik. Sekolah Semua dan AOD Malaysia telah menjalankan tinjauan nasional Diskriminasi dalam Pendidikan pada 1 hingga 10 September 2021 menggunakan perkhidmatan firma penyelidikan Vase.ai untuk mempelopori pemahaman umum tentang ciri-ciri diskriminasi yang mungkin dialami oleh pelajar di Malaysia. Tinjaun ini meneroka pengalaman orang ramai mengenai diskriminasi yang dialami semasa mereka berada di sekolah-sekolah Malaysia.
Muat turun material di bawah: